Ayat 1000 Dinar
Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Saturday, March 3, 2012

semoga beliau mendapat hidayah


kelmarin saya bersembang dengan seorang staf nonmuslim di tempat praktikal sy.
saya suka cara beliau berfikir.beliau agak bzy dan agak diam klu xdak hal. tapi kalu dah bcakap,pjg citer jugak..sy pun sonok dengar ^^,
beliau kata dkt sy" ilmu pasal bnda2 ni (instrument di lab) kamu boleh baca,saya xpayah cerita,baik saya cerita pengalaman.."
daripada kata2 bliau, saya nampak beliau faham konsep.
antara kata2 beliau y berkaitan:

1. beliau ambik motivasi drpd quote "Tuhan x memberikan beban kpd manusia,melainkan mengikut kemampuannya".. (sy terigt ayat quran berkaitan itu)

2. setiap apa yang org tua kata mmg ada sebab,bukan saja2 (lps jd bapa,beliau nmpak hakikat itu)

3. org sekarang byk y nak senang dulu,lps tu susah kemudian.sepatutnya,susah dulu senang kemudian.

4.remaja sekarang suka baca novel cinta,tgk cerita korea. padahal citer tu tunjuk y best2 jer..couple and married..sedangkan,lepas kahwin,nak berjaga tgh malam jaga anak xcrita pun..semua citer y indah2 belaka..org pun leka dgn y best tu jer

5.bila buat kerja,fikir tomorrow never come..bukan tomorrow never die..so,kita pun sungguh2 sbb nak menyumbang kat orang lain.

6. betulkan niat,jgt buat sesuatu kerana wang.

7.kita xdak hak nk mengumpat orang dr segi fizikal,sebab kalu kita kata macam2,maknanya kita mengata kepada tuhan kerana Dia y menciptakan orang itu.

8.serendah mana @ setinggi manapun kedudukan org,mereka ada peranan masing2..bergaul dgn smua orang..luaskan network

9. apabila kita ajar orang, ilmu kita bertambah..jangan kedekut ilmu.

10.belajar bukan utk exam,tp mlgnya sistem pendidikan sekarang mendorong pelajar belajar hy utk xm.lps tu,abis tgl..lupa dah..

11. Jangan tangguh kerja

dan banyak lg motivasi2 sy dpt smentara tgu instrument run sample smp abih..
banyak dapat ilmu kehidupan spnjang berpraktikal nih..best!

& apa yang beliau fikir hampir sama dgn apa yang sy pernah terfikir..ngam la jugak pemikiran tue~
&YANG SAYA TERTARIK,IA SELARI DGN AJARAN2 ISLAM.. bezanya,dia gunakan "tuhan",kita gunakan "Allah",dan beliau byk ambik tau psal perjalann ceramah agama dan tazkirah migguan y dah lama xdjalankan di situ..tp mgkin beliau xturut serta pun.

semoga Allah memberi hidayah kepada orang sebegini..amiinn~

Tuesday, February 14, 2012

B.E.R.D.I.K.A.R.I

BERdiri DI atas KAki sendiRI

I'Allah,minggu depan dah nak start praktikal di
Makmal Keselamatan & Kualiti Makanan Perlis..
setengah jam dari rumah..

dengan ini, sy berazam utk berdikari..
asal perlis, praktikal perlis, sem praktikal ni pun duduk rumah sendiri ngan mak ayah..
mesti org pelik bila sebut nak berdikari..
selalunya bila sebut berdikari adalah bila berjauhan dengan family..

sebenarnya, maksud berdikari di sini adalah
- mencuba membawa kehidupan sendiri
ya, mak ayah di sisi..
nak cuba jaga mak ayah..
ye la..bila masuk alam pekerjaan,
selalunya,rasa letih smpai xsengaja mengabaikan ibubapa (itu fenomena yang dilihat)

jadi, berdikari di sini bermaksud mencuba segalanya sendiri..
sblm ni mmg duk jauh dari family,
tp ramai kawan2 y sangat baik..
kadang2, rase cam bergantung pada mereka pulak..
terutama pasal transport..
tu yang smp skg xbrani bwk motor jauh2 wlaupun dh ada lesen setahun lebih..
huhu..
ni antara benda penting nak praktis nih..

ntahla..kdg2, bila hidup dgn kwn2,rase cam mereka lebih baik..
s0,pa pe hal,semua harap d 0rang..
Alhamdulillah, dikurniakan sahabat seperjuangan yang sangat baik..
syukur sangat.. barakallahufikum..jazakumullahu khairan jaza

lg satu, bila duk umah sewa ngan kwn2, lebih selalu beli makanan kt kedai..
so, alang2 dh praktikal kt ngan umah,
nak belajar kehidupan sebenar..
nk try masak sendiri lepas sampai umah tiap2 hari..walaupun agak letih
praktis nih..(hehe)

kalu panjang umur,ada rezeki, berumahtangga,
xkan la nk bli kt kedai selalu..
kesian kat anak2..
kalau ibu sendiri yang masak, i'Allah lebih berkat..
makanan terjaga..i'Allah, akal , rohani & fizikal turut sihat..
~makanan membentuk peribadi~
xlupa jugak, kemas umah di hujung minggu..

kec kalau dah letih sangat..
beselah, keje dlm lab mmg letih..
masa experiment kt lab mase blajar pun, mmg letih sgt compared dengan kuliah biasa..
mungkin sebab terdedah dengan bahan kimia sama kot..
risau jugak keja dlm lab ni..
takut berlaku mutation..na'uzubillah..

pernah bercita2 utk kahwin dahulu sebelum sambung belajar..
so, di kesempatan berpraktikal ni, nk praktikal habis-habisan,
mampukah menggalas tanggungjawab dirumah sambil belajar @ bekerja..

kesimpulannya, nak berdikari sebagaimana seorang wanita berkerjaya tanpa mengabaikan peranan utama sebagai suri rumah (mengikut kemampuan diri)


"practice make perfect"
tp hakikatnya,xlah mencapai tahap perfect..no body is perfect


rabbi yassir wa la tu'assir...
ya Kareem..
ameen

Sunday, February 12, 2012


Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan

Keputusan: 
 
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
 
  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
     
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
     
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
     
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
     
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dankuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
     
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranyaalkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Friday, January 6, 2012

LI placement

setelah beberapa hari pkr..
akhirnya..
MKKM Ps mnjdi pilihan

MKKM vs KBioCorp

kalo ikut bidang, nk sgt KBioCorp..
sbb bkaitan biotech..
tp, ats faktor laen, MKKM pun ok la jugak..

utk degree ni focus kat food safety dulu..
tesis pun bkaitan food safety..food microb

nt master @ PhD..(i'Allah,kalo ada rezeki & pjq umoq)
boleh menjurus ke arah biotech pulak..

food biotech..complete

bknnya apa..
walaupun amk course food biotech,
tp subjk2 berkaitan food terutama food chemistry
mmg xbp nk score..tp food microb ok la..
best!
lebih score & minat sbjk2 bkaitan biotech
genetics
molecular biology

tp food biotech still xscore jugak.. : (
serabut cket..

ok jugak MKKM..
leh explore negeri sniri..
contribution..
disamping mak & ayah tersayang..
bolehla berbakti
wlaupun xseberapa..
at least..dpt berada di sisi mereka..
(trigt pulak lagu jasa bonda)

sebelum melangkah ke negeri jiran
Kedah Bioresource Corp..hehe

hopefully,
dapat berpraktikal dgn baik..inshaAllah..
yang paling ptg,,
dpt menyumbang ke arah kemaslahatan ummah..


perjuangan belum selesai...

perjuangan belum selesai...