Ayat 1000 Dinar
Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Saturday, July 18, 2009

ISRA’ MI’RAJ
Bismillahirrahmaanirrahiim…

Sempena hari mulia,bulan mulia ini,sy ingin berkongsi sedikit cetusan minda yang Allah berikan bersama sahabat sekalian.Saya bukanlah seorang yang arif dalam bidang ini,tp dari apa yang saya dapat melalui buku2 dan forum2 yang diadakan sempena detik bersejarah ini ingin saya kongsikan.Kalau ada tersalah maklumat dan fakta ataupun tersalah fahaman @ tafsiran harap diberitahu.


"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa' ayat 1).

Maksud 'Israk' ialah perjalanan (rehlah) yang Allah SWT perlakukan kepada Nabi s.a.w. secara terhormat, bermula dari Masjid al-Haram di Makkah hingga ke Masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis di Palestin. Sementara maksud 'Mikraj' ialah kejadian yang berlaku ekoran dari peristiwa israk, iaitu naik dari al-Aqsa kepada beberapa lapis langit yang tinggi, sampai ke suatu peringkat yang tertinggi iaitu suatu tempat bernama 'Sidratul Muntaha' di mana ilmu dan akal manusia atau jin tidak mampu sampai kepadanya.
Sebagaimana yamg diketahui 27 Rejab adalah salah satu tarikh bersejarah bagi umat islam.Dari sinilah bermulanya kefardhuan solat 5 waktu.Peristiwa ini adalah bukti kekuasaan Allah di samping ia merupakan anugerah Allah kepada junjungan besar Muhammad s.a.w. atas ketabahan baginda.Tahun berlakunya isra’ mi’raj ini juga adalah di gelar ‘am al huzn(thn kesedihn) bg baginda s.a.w. disebabkan kematian isteri baginda,Saidatina Khadijah r.anha dan diikuti kematian bapa saudara baginda,Abu Talib tidak lama selepas itu.Walaupun kehilangan orang-orang yang sangat dikasihi, baginda tetap tabah menempuh pelbagai dugaan demi menegakkan agama yang mulia ini.


Sebagaimana yang diketahui, solat merupakan satu fardhu atas umat islam.Jika difikirkan,turunnya kewajipan solat tidak seperti ibadah yang lain.Rasulullah sendiri dijemput bertemu dengan Allah semasa kefardhuan ini dan wahyu ini tidak diutuskan melalui malaikat.Ini menunjukkan pentingnya ibadah solat.Solat tiang agama.Tanpa tiang,maka runtuhlah sesebuah rumah.Bagi menunaikan solat,kita perlu mematuhi segala tertib dan syarat sahnya solat.Ia bukanlah suatu bebanan kepada kita,bahkan itulah tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya.Syariat dan batasan yang ditetapkan Allah adalah untuk kebaikan kita sebagai hambaNya.Kalau kita lihat kepada seorang bapa atau ibu yang menyayangi anaknya,sudah tentu tidak dibiarkan anaknya terutama kanak-kanak melakukan apa apa sahaja yang disukainya kerana sesetengah perkara itu dianggap seronok oleh mereka sedangkan ia boleh membawa kemudharatan kepadanya.Itu baru kasih sayang sesama manusia.Inikan kasih sayang Allah(khaliq)kepada hambaNya.Allah itu Maha Penyayang..fikir-fikirkanlah...

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

Saturday, July 11, 2009

julai

Betul ker ???

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

Sunday, July 5, 2009

AHLAN WASAHLAN

Ahlan Wasahlan kpd sahabat2 yang bru mndftr d USIM sesi 09/10


semoga kehadiran anda utk mnyambung pelajaran di sini memberi seribu makna dalam kehidupan.
ikhlaskan hati anda..
insyaAllah,anda akan merasai indahnya ukhuwah islamiyah semasa berada di sini.
hehe..ayt skema cket


Ayuh bersama kita naikkan nama usim tercinta ini.
Tetapkan matlamat..study tul2..hanya ilmulah yang dapat memuliakan kehidupan kita.Ilmu itu cahaya..

SENARAI KURSUS
Semester I Tahun 2 Sesi Akademik 2009/2010
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN ( BIOTEKNOLOGI MAKANAN )



AAA1043
PRINSIP DAN AMALAN KOMUNIKASI DA'WAH

SAA1012
SEJARAH DAN FALSAFAH SAINS

SAA1013
BIOSTATISTIK

SAA3032
ETIKA DALAM KEGIATAN SAINS

SFA2063
MAKANAN DAN KIMIA MAKANAN

SFA2103
PRINSIP SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN

UTA2072
PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAH

UTA2082
PENGAJIAN HALAQAH



"bersama menyusuri jalan para rasul dan nabi junjungan,iman di dada mengiring langkah"

perjuangan belum selesai...

perjuangan belum selesai...