Ayat 1000 Dinar
Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Wednesday, December 30, 2009

just nak share


hati2.........

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada
kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, 'Saya ada satu
permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!',
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah 'Pemadam!'

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti
mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 'Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', jika saya angkat
kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'. Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.


Guru tersenyum kepada anak muridnya. 'Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang
haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi
kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa
dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita
tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam
dari masa ke semasa.

'Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.' 'Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?' tanya
Guru kepada anak muridnya.

'Baik untuk permainan kedua...' Gurunya meneruskannya......
'Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda
berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?'
Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan
selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..'Murid-murid,
begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .... Musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ....Kerana tentu anda akan
menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur,
sehingga kita tidak sedar.

'Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan.. .....'

'Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.' 'Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... '

'Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?' tanya
murid- murid.
'Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.'
'Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun'.
'Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang...'

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA
DIRI!!
JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA
BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2
LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.
YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM..AMIIINN. ..
ALLAHU AKHBAR

sumber : buletin friendster

Saturday, December 26, 2009

Salam ma’al hijrah 1431 H….

Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan yang lebih baik……..
Semoga thn ini lebih baik dr sblmnya dalam melakukan ketaatan kpdNya…


Ayuh,lakukan transformasi diri


Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah
menjawabnya.................

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka
tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat
216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." -
Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The
Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA HARUS AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERSERAH?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf
ayat 12


sumber:buku MAP Training

kengkawan

Friday, November 20, 2009

SaLAm WEHDAH 09

Salam wehdah untuk smua yang terlibat secara langsung mahupun tidak..selamat berjuang untuk para urusetia konvensyen..bersamalah kita merealisasikan tema konvensyen kali ini..semoga usaha kita diberkatiNYA
::generasi muda menjana transformasi ummah::
ayuh syabaabul muslim!!!




TENTATIF TERKINI


22 NOVEMBER 09 (AHAD)
12.00 TGHRI - KETIBAAN & PENDAFTARAN PESERTA (SUTERA & ACACIA)
6.30 PETANG - MAKAN MALAM
8.00 MALAM -TAKLIMAT URUSETIA & PESERTA WEHDAH’09

11.00 MALAM - PULANG KE TEMPAT PENGINAPAN


23 NOVEMBER 09 (ISNIN)

7.15 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS INDUK USIM
8.00 PG - SARAPAN PAGI
9.00 PG - UCAPTAMA WEHDAH’09
11.00 PG - WACANA 1 (SIDANG PLENO 1 & SIDANG PLENO 2)
1.00 PTG -MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZUHUR
2.30 PTG - WACANA 2 (SIDANG PLENO 1 & SIDANG PLENO 2)
4.30 PTG - MINUM PTG & SOLAT ASAR

5.00 PTG - BERTOLAK PULANG KE TEMPAT PENGINAPAN
6.30 PTG - MAKAN MALAM / SOLAT MAGHRIB

7.45 MLM - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS INDUK USIM
8.30 MLM - FORUM WEHDAH’09

10.15 MLM - PERSEMBAHAN NASYID 10.30 MLM - BERTOLAK PULANG KE KOLEJ KEDIAMAN MASING - MASING

24 NOVEMBER 09 (SELASA)

7.15 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS INDUK USIM

7.45 PG - SARAPAN PAGI

8.30 PG - SESI ESQ 165

11.00 PG - BENGKEL 1

12.30 TGHRI - MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZOHOR

2.30 PTG - BENGKEL 2

4.30 PTG - MINUM PETANG & SOLAT ASAR / BERTOLAK PULANG KE PENGINAPAN

5.00 PTG - MESYUARAT DAN PERBINCANGAN BERSAMA WAKIL IPT

6.30 PTG - MAKAN MALAM & SOLAT MAGHRIB

7.45 MLM- PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS INDUK USIM
8.30 MLM - BENGKEL 3
10.30 MLM - BERTOLAK PULANG KE KOLEJ KEDIAMAN MASING - MASING


25 NOVEMBER 09 (RABU)

7.15 PG - PESERTA BERTOLAK KE KA

MPUS INDUK USIM

7.45 PG - SARAPAN PAGI

8.30 PG -PEMBENTANGAN RESOLUSI KESELURUHAN

9.15 - 10.15 PG - MAJLIS PERASMIAN PENUTUP WEHDAH’09 (DKP3)

11.00 PG - MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

1.00 PTG - MAKAN TENGAHARI / SOLAT 2.30 PTG - BERSURAI
* Tertakluk kepada perubahan & pindaan dari semasa ke semasa.

PETUNJUK :

TEMPAT PENGINAPAN PESERTA : KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH & ACACIA AVENUE

DKP 3 & 4 : DEWAN KULIAH PUSAT 3 & 4

BTS & BKS FSU : BILIK TUTORIAL & BILIK KULIYAH SEDERHANA FAKULTI SYARIAH & UNDANG-UNDANG

FKP : BILIK MESYUARAT UTAMA FAKULTI KEPIMPINAN & PENGURUSAN


syabab harapan...


AHLAN WASAHLAN kepada para peserta konvensyen..



Wednesday, November 18, 2009

Alhamdulillah…abih dah final xm….

Result cmna pulak???mmm..tawakkal ‘alallah…

Cmna pun,perjuangan perlu diteruskan..

Klu fikir psal result memang susah hati jgak..

Mcm2 hal jgak la…

x fhm kehendak soalan .. x dapat ilham..

careless…x abih baca buku…

confuse….x wt soalan past year…

klu smua ni ujian buatku,aku terima dengan redha,

klu ini balasan atas dosa dosaku,

juga aku terima & syukur sebab bleh kurangkan dosa2 aku…

tp apa yang aku bimbangkan ialah hilangnya keberkatan ilmu yang aku pelajari..

na’uzubillah…

astaghfirullahal’azim..

apa ertinya ilmu tanpa keberkatan dariMu..

berkatilah ilmu yang Kau berikan..

semoga ia dapat menjadi wadah untuk mendekatkan diriku kepadaMu..

CintaMu sangat kudambakan…

Tiada cinta tanpa cintaMu

Juga tiada bahagia dan ketenangan tanpa cintaMu

Ya rabbi…

Ihdinassiraatalmustaqim…

Allahumma takhtim ‘alaina bihusnil khaatimah….

Amiiin….

apapun Alhamdulillah…

at least, x la smpai tahap blank or tension time jwb tu…

berkat doa smua…

thank to all..jazaakumullah…

Time kasih bebanyak kt kengkawan especially zahidah,kamilah,umi,mawaddah,shahida & kak arina yang sentiasa mbantu dan memberi sokongan….

thanz a lot for the statistic’s note…

especially note ANOVA…=)

“Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda

Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama…”

Slmt bercuti…=)

::::::::::: Salam aidiladha ::::::::::

Tuesday, October 27, 2009

SalAm ImtIHaN.......


Final exam…..
Success @ …………



Rasa cam bru je msuk sem bru, ttba dah nak final exam pulak..
cepatnya masa berlalu…
Sempat ke nak cover smua nih ?????????


Ya Allah,
Berikan kami kekuatan
Fizikal dan mental
Untuk menempuh peperiksaan akhir ini...
amiiin..

sahabat seperjuangan...food biotech 2nd year


UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Semester I tahun 2 Sesi 2009/
2010

QG 07 BIOTEKNOLOGI MAKANAN

ISNIN 02/11/2009 09:00 AM
SAA1012 SEJARAH DAN FALSAFAH SAINS


SELASA 03/11/2009 09:00 AM
AAA1043 PRINSIP DAN AMALAN KOMUNIKASI DA’WAH

JUMAAT 06/11/2009 03:00 PM
SAA3032 ETIKA DALAM KEGIATAN SAINS


SELASA 10/11/2009 09:00 AM
UTA2072 PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAH

RABU 11/11/2009 09:00 AM
SFA2063 MAKANAN DAN KIMIA MAKANAN


KHAMIS 12/11/2009 02:30 PM
SFA2103 PRINSIP SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN

SELASA 17/11/2009 09:00 AM
SAA1013 BIOSTATISTIK



Mengejar kejayaan

Mengharung rintangan

Dengan iringan doa restu

Ayah serta ibu,
ku menjejak ilmu


Sedetik yang berlalu

Impianku satu

Gemilang diri, peribadi

Dengan ikrar janji,

kata ditepati

Kejayaan diimpikan

Usaha kita perlukan

Kejayaan hasrat kita

Kecemerlangan satu wawasan

Yakini diri tempuh cabaran

Bersama kita buktikan

Zaman berzaman teguh harapan

Semurni impi kita pastikan

Berjaya hingga akhirnya


(Titian Kejayaan by RAST)


Ma’a taufiq wannajaaah !!!
Doakan semua success
::MogA kEjAYaAn MiLIk kItA::

Thursday, October 8, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
KULLU 'AAM WA ANTUM BIKHAIR

Saturday, August 29, 2009

Ramadhan kareem..

IKLAN PENTING!!!!

Karnival ibadah kembali lagi…..ayuh sertai..ganjaran menarik menanti anda!!!

Tarikh : 1-30 Ramadhan setiap tahun
Masa : 24 jam sehari
Tempat: seluruh pelusuk dunia

Syarat tawaran :

-muslim
-berakal
-ikhlaskan niat
-mematuhi syarat sah dan syarat wajib

AKTIVITI MENARIK ...

-Zikrullah - Qiamullail - Puasa - Tuntut ilmu -Sedekah -Tarawikh -Sahur
-Zakat fitrah -Solat fardhu -Buka puasa iktikaf di masjid -Tadarus Al-Quran
Dan baanyaaaak lagi……

BONUS HEBAT MENANTI ANDA…

Keredhaan dan kerahmatan Allah
Keampunan Allah
Balasan syurga
Pembebasan dari api neraka
Jimat belanja
Sihat tubuh badan
Rezeki mencurah
Doa dimakbul
Pintu syurga dibuka
Pintu neraka di tutup
Bonus berganda utk stiap ‘point’ amalan
Lailatul Qadr
Dan pelbagai lagi…

Jangan lepaskan peluang selagi stok umur masih ada!!!
Untuk keterangan lanjut,sila rujuk ; Al-Quran, hadith dan ‘alim ulama’ berhampiran anda..

Friday, August 7, 2009

C fest 7






Dah lumrah,klu dah abih study,mesti nak rai kan..so,bila ada konvo,msti ada pesta konvo..tp pesta konvo ni bagus,x mcm pesta len yang ntah apa apa tuh..ckp psal ni,leh kata 4 hari bturut2 jgak sy bpesta konvo kt stadium tertutup Nilai tuh sem ni..ish..ish..

Hari first tu,bas bhnti kt situ..so,turun je la tgk2 gerai..hehe..

2nd day lak ada wt forum pasal identiti remaja kul 8 mlm,panel pun hebat2..rugi klu x pgi..so,pgi jgak walaupun hari tu agak letih sebab kelas dari kul lapan pagi sampai tujuh malam..gap pun 3 jam ja..tp memang puas hati pgi forum tu sebab leh sedarkan diri yang semakin hanyut nih..Astaghfirullah..

3rd day pulak,ada bicara wanita & pertandingan marhaban interfakulti ..sambil mnyelam minum air..sblm mula pertndingan tu,jln2 kt gerai dlu..mula2 tgk, pas2 tertarik , mulalah membeli..sy ni pantang tgk bku2 agama @ saintifik..msti terpengaruh nk bli,padahal x sempat pun nk baca..huhu..kbtln time bcara wanita tu kp psal idola @ ikutan remaja..siapa ikutan kita?? Org kata ‘x kenal maka x cinta’..so,klu btul2 nak jdkan Rasulullah sebagai ikutan,mstila kena kenal dulu..sebabnya,kta selalunya akan mudah terikut atau ‘terminat’ kt manusia biasa yang kta rasa baik pada pandangan kita..tp klu fkir mndalam,mstilah Rasulullah insan yang terbaik,qudwah hasanah..tp kenapa kita tdk wujudkan rasa cinta kepada baginda??sebabnya, kta x cba mengenali baginda….so,harap2 dapatlah sama2 kta cba mengenali dan menghayati pejuangan baginda…..time jln2 tu,kebetulan kt salah satu gerai ,sy ternampak buku nih..

sbb bru dgr forum mlm sblm tu,smgt pun berkobar2 la..apa lg,trus bli..harap2 dptlah bina rasa cinta yang agong..tp x tau la bila nak abihkan baca bku ni..mmm..rsnya cti sem la kot bru leh baca smp abih..skg ni kna study lecture note dlu..pening dah..tp x pe sebab Allah berfirman ”inna ma’al ‘usri yusra”-sesungguhnya bersama susah itu ada kesenangan=) ku tabahkan hatiku..

4th day pulak,ada konsert mestica,Suhaimi,Ina Naim,demascus &persembahan dari team SPMM..kbnykn lagu mlm tu agk rancak..anyway,bait2 liriknya mmg mnyentuh hati klu di hayati..mmg best!



Hari pnutupan tu,klu x byk keja mmg nk pgi jgak..tp rasa cam busy sgt..byk keja tertangguh…lab report + study + asgnmnt..nk fhm n hafal pun amk masa jgak..so,kenalah utamakan yang lebih penting..

study,study and study..

Lastly,tahniah tuk senior2 yang dah grad =)

Doakan km yang msih berjuang di sni.



"...kadang-kadang dalam merentasi perjalanan menujuNya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahagiaan hakiki..."







perjuangan belum selesai...

perjuangan belum selesai...