Ayat 1000 Dinar
Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Sunday, November 27, 2011

jaga diri..



..Tak payah bersentuhan tangan kerana mereka sudah bersentuhan hati.. 
..tak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa..


_Tentang cinta , Ustaz Pahrol Mohamad Juoi_


*************


10 NASIHAT UNTUK ORG YANG BERCINTA

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Friday, November 18, 2011

bersyukurlah

malas?? x bersemangat ?? down??

xboleh camni..
kita khalifah.. pegang amanah..
kita hidup xlame pun..
rugi kalau xdapat berbakti pada agama kita..
xdpt bcucuk tanam byk2..
ape yang kita nk tua di sana nt??
sebab itu je bekal kita tuk hari yang kekal abadi..

kalau d dunia yang sekejap ni pun, kita nk dapat keje elok,hidup senang..
apatah lagi di akhirat yang abadi..so, kenelah didik diri top up amalan..
tarbiyah diri kita..

kalau rase down sgt,
mngadu kt Allah dalam sujud kita..(kita berckp dgn Allah)
bykkn bace Quran..(Allah bercakap dgn kita)
di situ ada ketenangan, i'Allah..
itu la saya amalkan..
ayat Quran tu penuh motivasi wlaupun hanya fhm terjemahan..
kalau faham tafsiran, lagi la hebat!!!
subhanallah!

Quran tu kan umpama manual hidup kita..
kalo alat2 ciptaan msia, kita guna x ikut manual
cepat rosak kan??

cam tu gak kita..
kalo hidup sesuka hati..mudah terpengaruh dan akhirnya binasa..
na'uzubillah...

cube kite renung jap..

sekarang kita dah kat IPT..
tp kdg2 kita seolah2 x bsyukur dgn kedudukan kita sekarang..


itu la manusia..
dsebabkn terlalu mudah mndpt sesuatu,kita xterasa nikmat tu..
tp bila nikmat tu ditarik..,
baru terasa betapa besarnya nikmatNya kepada kita..
astaghfirullah..
Allahu akbar..




cube bygkan berape rmai kgkwn kita yang xdpt masuk u??
kalau kita kt tmpt mereka,
silap2,,kita smp tahap nk wt kenduri bila dpt msuk u..
tp bila kita dah dkt u..
kita malaslah..kita tangguhlah..kita enjoy berlebihanlah..
leka kan kita..
bersyukurkah kita??

syukur bukan setakat ckp "alhamdulillah" d bibir semata2..
zahirkanlah kesyukuran melalui amalan kita..
syukur yang sebenar ialah menggunakan apa yang kita dapat ke jalan yang betul..
untuk kemaslahatan ummah..

Allah dh sihatkan kita..sempurnakan panca indera kita..
bagi rezeki mcm2 kt kita..
tapi..
bersyukurkah kita??
tylah diri sendiri~

malulah padaNya..
Dia sayang kita,
Dia nak bercakap dgn kita..
Dia beri segalanya pada kita..

tp..
kita??
s0mbong
angkuh
lupa asal usul
lupa nikmat
alpa

Allahu akbar...
layakkah kita digelar hambaNya yang soleh solehah??
layakkah kita mndapat syafaat kekasihNya??

Allahu rabbi..

jgn tgu lagi..
selagi roh masih di jasad,
selagi itulah pintu taubat masih terbuka utk kita..
kalau dtgu,,bimbang kalau2..
malaikat maut menjemput kita terlebih dahulu..
d saat tu..
bagaimana keadaan kita??

smoga pengakhiran hidup kita adalah pengakhiran yang baik~
mohonlah padaNya..
Dia pengasih..
Dia penyayang..

renung2kan..

betulkan niat..
tunaikan janji kita (doa iftitah) yang 5X sehari kita ikrarkan

"inna solati wa nusuki wa mahya wa mamati lillahi rabbil'alamin"
ikrar hidup kita..

fikir fikirkanlah,sahabat..

p/s : pesanan utkku & untukmu sahabat2..




Friday, November 11, 2011

izinkan aku Ya Rabbi..

hari ni dah 12.11.11..
bermakna hy tgl sebulan lebih je lagi utk viva tesis
26.12.11 (tarikh keramat utk final year students)
nk siapkan tesis..
viva pulak time study week..
mmg kena pulun dari skg lah..

bermakna jugak..
hanya tgl 2 bulan lebih aku d usim ni..
next sem practical..
camne lah agaknya nanti..
h0pefully dpt kt MKKM,Kangar..

alhamdulillah,sepanjang di USIM ni,
p0inter masih maintain..
hrp2 dpt maintain smp grad lah..
sem ni lah penentunya..

selalunya,bila tgk buku k0nvo mn2 u pun,kecuali usim (sbb xde nonmuslim)
selalunya..kaum lain yang dpt first class..
s0,skg..aku nak buktikan umat islam itu hebat..
boleh dapat first class!!


tp,bkn bermakna y laen xhebat..
cuma hebat dari sudut yang lain..
setiap orang ada kelemahan dan kelebihan..
sebab tu kita perlu hidup bersama..
ape yang ptg
"kerjasama"  bekerja bersama ^__^


aku nak sahut seruan dekan FST
USIM's products:

  • educated
  • knowledgable
  • skilled
and the m0st imp0rtant is
  • concern on ummah environment
sebab kita diciptakan sebagai khalifah utk memakmurkan bumi Allah..
byk taklif kita kan..
cuma kita kdg2 xsedar..


ayuh,bangun dari lena yang panjang..
umur kita semakin pendek..
jangan tgu2 lg..


utk teman seperjuanganku..


ku d0akan kita bersama2 mgapai kejayaan..
dunia & akhirat..
amin..
m0ga kejayaan milik kita bersama..


:: towards muslims first class honor degree holder ::


Oh Tuhan,
jdkanlah kejayaan kami sebagai titik permulaan utk kami berbakti kepada agamaMu..
ku pohon jangan sekali kali Kau jadikan kesenangan atau kejayaan itu sbg istidraj..
kami hambaMu yang lemah..
pimpinlah kami dalam perjalanan menuju JannahMu..


andai ini yang terbaik utk kami dan
b0leh mndekatkan kami kepadaMu,,
perkenankan hajatku,Ya Rab..


Rabbana..yassirlana umuur0na..
aminn~




----  fb gen5  crews  ----


doaku buatmu

meniti usia remaja memang banyak dugaannya..

ujian PERASAAN..
lumrah remaja..
& semakin mencabar bila menjengah usia 22 thn..

astaghfirullah..
Ya Allah... Allahu Akbar..
kuatkan aku..
kau peliharalah pandanganku..
kerana aku x sanggup mengkhianati bakal pendampingku..
yang aku sendiri masih tidak tahu siapakah beliau..

Ya Allah

aku tidak pinta yang sempurna kerana tiada manusia yang sempurna..
aku juga tidak sempurna..
hamba yang dhaif..yang banyak berdosa..
ampuni aku,Ya Rab..

cukuplah ku pinta yang dapat membuatku sempurna dengan kehadirannya

yang dapat menyejukkan di saat aku 'panas'..
yang dapat menenangkan di saat aku berserabut..
yang dpt menunjukkan jalan disaat ku buntu..
yang dapat memberi kekuatan di saat aku lemah..
yang dapat menampung kekuranganku
dan membimbingku dalam perjalanan menuju redhaMu..
Ya Rab..

di saat aku sangat merinduimu
(aku sndiri tidak tahu siapa kamu,hy Allah yang tahu)
hanya doa yang ku kirim..

ku doakan..


hatimu tenang menempuh dugaan hidup..
urusanmu dipermudahkan olehNya..
rezekimu dimurahkan..
kesihatanmu terjaga..
baik lisan,pengengaran dan pengelihatan mahupun tubuh badan..
hatimu dipenuhi cinta Ilahi..
kau bersamangat menuntut ilmu dan beramal mengikut syariatNYA..
pendirianmu ditetapkan demi menegakkan agama Allah..


Allahu Rabbi..
sampaikan aku padanya..
aminn..


kerna ku tahu..


"lelaki yang baik adalah lelaki yang tidak akan menyentuh ku, jiwa dan raga ku dengan perbuatan mahu pun kata-kata, sebelum dia mampu bersumpah di depan Allah dan manusia melalui akad ijab dan qabul untuk menjaga ku dan membimbing ku sampai ke syurga"

************************************

Ku cintakan orang-orang yang soleh
Namun, aku bukanlah sebahagian dari mereka

Ku cintakan orang-orang yang berilmu
Namun, kerdilnya aku untuk bersama mereka

Ku cintakan orang-orang yang wara'
Namun, aku bukanlah orang yang layak untuk mereka

Ku cintakan para pejuang Islam
Namun, jauhnya aku untuk mendampingi mereka

Ku cintakan orang-orang yang bertahajjud di malam hari
Namun, apakah aku jua di kalangan mereka yang bertahajjud?

Ku cintakan orang-orang yang rindukan Rasulullah
Namun, siapalah aku untuk mendekati mereka

Ku cintakan orang-orang yang menghafaz al-Quran
Namun, mampukah aku menjadi sebahagian dari mereka?

Ku cintakan orang-orang yang cintakan akhirat
Namun, hinanya aku bila berdepan dengan mereka

(c & p)

****************
~ jadikan aku hamba yang solehah ~
..matikan aku dalam husnul khatimah..


Wednesday, November 9, 2011

perjuangan belum selesai...

perjuangan belum selesai...